27/10/2013

~6 SIFAT pompuan yg x patut DINIKAHI ~

 
 
 

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: “Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah :
Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit.  Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
(Nie kes PEMALAS nie)


2. Al-Mananah :
Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya dan mengungkit. Sampai satu masa dia akan mengatakan "saya telah melakukan untuk kamu itu ini."
 (X ikhlas latew..Ish3)

3. Al-Hananah :
Perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami yang sebelum. Perempuan mcm nie, die x kan menghargai suami dan suke membanding-bandingkan suaminya dgn bekas suami yg dulu..
(Yang sudah tu sudah la..)

4. Al-Haddaqah :
Menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
 (Kaki BOROS nie.. Humm cian HUSBAND)

5. Al-Barraqah :
Terdapat dua makna utk yg nie :
Pertama : Suka berhias sepanjang masa supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona..
(Opps terlebih suda !)
Kedua  : Perempuan yang tidak mahu makan bersama, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
(Uisshh apa ini Deiiyy ! Makan la sesame baru SWEET !)

6. Al-Syaddaqah :
Perempuan yang banyak cakap and percakapan die tu x menyenangkan hati suami, atau yang lebih tepat suke berleter.
(Umm ..nie yg paling byk pompuan buat.. Tp lau HUSBAND suke x pe Cik Kiah Oii..)
 
 
Wallahu’alam Segala Yg Baik Hanya Datang Dari Allah !

No comments:

Post a Comment

tengok je?? cekomen..cekomen~~