13/01/2013
AQ X DE IDEA!!
JAUHI SIFAT IRI HATI DAN DENGKI
SESUNGGUHNYA YA ALLAH AKU BERLINDUNG PADA MU, JAUHILAH HAMBA MU INI DARI PERASAAN DENGKI DAN IRI HATI..
Salah satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.
Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati." (Riwayat al-Baihaqi).
Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yang tafsirnya:
"Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu." (Riwayat Abu Daud).
Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka, di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad.
Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam al-Quran yang tafsirnya:
"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan limpah rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Surah Yunus : 57 - 58).
Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah S.W.T.
"Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." (Surah Shaad : 35).
Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki.
"Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara:
Subscribe to:
Posts (Atom)


