03/02/2013

Alahai Omak kawin kan AQ~~!!

 
 
 
 
 
~An Neong Ha Se Yo~
Bace x tajuk kat atas tu?? hehehe ish malu~~!!
adoi lau mak aQ tau nieh mesti die sekeh kpale aQ.. hahaha!! tetibe je tajuk nak suwoh mak kawin kan... 
X de ape la sebenanye nak kongsi sikit pasal 
...Panduan Perkahwinan dalam Islam... 
Islam agama yang amat aman dan indah, salah satu keindahan dalam islam adalah Akad Nikah..a.k.a Kawin... indahkan kawin?? kan3?? 




KENAPE PERLU KAWIN?
Perkahwinan merupakan sesuatu yang dituntut dan mempunyai disebaliknya ada hikmah dan tujuan yang tertentu.. antaranya ialah :

-Melahirkan keturunan yang halal dan sah

-Bagi menyalurkan naluri seks melalui cara perkahwinan yang halal dan terjamin dari segi kesihatan lahiriyah dan batiniah

-Untuk mengikuti Sunnah para Rasul A.S.

-Untuk melahirkan cinta kasih sejati antara lelaki dan wanita yang diikat dengan hubungan perkahwinan.

-Sebagai media pendidikan yang paling utama

-Mewujudkan kegiatan hidup dan kerjasama yang ideal

-Untuk menghubungkan silaturrahim

-Untuk menjaga dan mengawal kehormatan diri

-Untuk melaksanakan salah satu dari tuntutan syari’at Islam

-Untuk menjaga kesihatan jasmani dan rohani serta memanjangkan umur

HUKUM2 PERKAHWINAN

Ulama’ berbeza pendapat dalam hukum perkahwinan berdasarkan kepada keadaan iaitu samada wajib, haram, makruh, harus dan sunat. Sebahagian ulama’ membahagikan hukum kahwin ini kepada 5 bahagian mengikut keadaan dan maslahat.
 
1. Wajib
Bagi orang yang yakin akan terlibat dengan zina jikalau tidak berkahwin dan dia merupakan seorang yang mampu dari segi zahir dan batin.
Dengan kata lain, menjaga kebersihan diri daripada melakukan zina adalah wajib dan jika kewajipan ini tidak dipenuhi kecuali setelah berkahwin, maka hukum perkahwinan itu adalah wajib.

2. Sunat
Bagi orang yang ingin berkahwin dan berkemampuan dari segi zahir dan batin tetapi dia masih lagi mampu menahan dirinya daripada melakukan zina dan maksiat.

3. Haram
Haram bagi mereka yang tidak dapat berlaku adil dan tidak mempunyai kemampuan zahir dan batin

4. Makruh
Bagi seseorang yang lemah tenaga batinnya ataupun kurang mampu memberi nafkah kepada isterinya, maka kahwin baginya adalah makruh.

5. Harus
Ini merupakan hukum asal perkahwinan. Tiada sebab yang mendorongnya untuk berkahwin ataupun halangan yang menghalang baginya berkahwin.

Da bace kan kenape nak kene kawin n da lihat diri tergolong kat hukum yang mane kan3?? hahaha.... aQ pon same kikiki!! Ok nak kawen nie bukan boleh men hentam je~~ men kawen je ngn sesape... YES!  jodoh itu ditangan Allah TAPI sebagai manusie terutamanye bagi lelaki~~ kenelah tau ciri pasangan yang perlu kite pilih sebagai pelengkap hidup... jeng3!!
 
PEMILIHAN

Calon2 nye ADALAH:

1. Yang beragama dan berakhlak mulia

Yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah agama Islam semata-mata tetapi menghayati prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan yang mulia.

2.Bersifat pengasih dan penyayang

Sebaik-baik wanita ialah mereka yang pengasih dan penyayang, mampu memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik dan mampu meneruskan hidup dengan suami dan kehidupan berumah tangga akan menjadi tidak selesa. Begitu juga dengan suami, mereka perlu bersifat pengasih dan penyayang serta pandai mendidik isteri dan anak-anak bersesuaian dengan keadaan.

3. Boleh melahirkan zuriat

Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat. Maka, bakal suami dan isteri perlulah mampu dari segi zahir dan batin serta boleh memperkembangkan zuriat. Kehidupan tanpa anak-anak akan sunyi dan tidak bahagia.

4. Masih perawan

Yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada keadaan tertentu.

5. Keturunan yang baik

Bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia.

6. Tiada jurang perbezaan yang besar

Seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya kufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri.


7. Bukan keluarga yang terdekat

Perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik. Antara hikmah perkahwinan dengan keluarga yang jauh ialah antaranya dapat melahirkan zuriat yang sihat sama seperti benih pokok itu tadi.

walaupun tips pemilihan nie lebih berat kepada kaum lelaki tp wanita pon kene pandai juge pilih lelaki, pilihlah yang boleh pimpin kite hingga ke syurga.. 

TAPI!!!

yang sgt2 penting adalah pembawakan diri kite sendiri... macam ayat nie... jangan mendambarkan Balqis jika diri x sehebat Sulaiman, jgn pernah mengimpikan Zulaikha jika diri x setampan Yusuf.. jgn pula angankan Siti Fatimah jika peribadi x sehebat Saidina Ali.. dan jgn sekali mahukan wanita sehebat Siti Khadijah jika diri x semulia Rasul junjungan MUHAMMAD s.a.w..

~BEGITU JUGA SEBALIKNYA~

No comments:

Post a Comment

tengok je?? cekomen..cekomen~~