08/11/2012

~HATI KECIL YG LEMAH~



Hati ingin beredar dari kawasan yg busuk dan hina, hati ingin memilih tempat yang lebih mulia, hati ingin menjauhi laranganNYA... Hati turut ingin mencintai DIA lebih dari segalanya.. tapi mampukah?? dapatkah nafsu mengikuti keinginan hati? adakah nafsu akan menuruti segalanya?? adakah nafsu mampu tunduk kepada kehendak hati yang cinta padaNYA.. nafsu menggoda diri kelembah hina.. nafsu menggoda anggota agar meningkari suruhaNYA... nafsu amat merajai segalanya, dengan bantuan si kutuk yg durjana..  nafsu  kuat menghasut tubuh pinjaman yg MAHA ESA melakukan kemurkaanNYA ..~~

Akal fikiran menjadi buntu kerana menjadi mangsa nafsu kita sendiri.. kita juga sebenarnya adalah khadam yg paling baik dan paling taat utk nafsu kita sendiri.. sesayu mana pun Hati merindui jalan kebenarannya namun kebodohan diri tidak mampu mengawal nafsu.. Hati yg lemah dengan iman dan takwa terus beku tanpa kata... Namun Hati kecil masih belum mengalah.. walau lemah dia masih lagi sedar, masih lagi pasti, masih lagi yakin, masih lagi amat mencintaiNYA melebihi segalanya.. akan sentiasa meminta pertolongan dariNYA agar kuat kan CINTA antara MEREKA!! berikan JALAN yang diingini oleh Hati... 

~~BERILAH JALAN.. BANGUNKAN LAH KAMI YA ALLAH DARI TIDUR YG AMAT PANJANG DAN MIMPI YG AMAT MELALAIKAN~~

No comments:

Post a Comment

tengok je?? cekomen..cekomen~~