Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui
peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda
diperlihatkan... (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di
kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi
rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
(2) perempuan ...yang
digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada
punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka
adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
(3) perempuan digantung buah dadanya
dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.
(4) perempuan diikat dua kakinya serta dua
tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.
Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering
keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi
iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
(5) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri
manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang
berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
(6) perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
(7) perempuan yang kepalanya
seperti kepala dan badannya pula seperti keldai. Mereka
adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(8)Perempuan yang rupanya berbentuk
anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka
marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
tengok je?? cekomen..cekomen~~